Latar belakang Invisible

Menurut Yuna dalam satu kenyataan di laman web rasminya, "Invisible" ialah susulan dari single 2016 beliau, "Yuna" duet bersama penyanyi R&B Amerika, Usher yang dimuatkan dalam album Chapters.[1] Yuna berkata:

"Lagu ini berkisarkan mengenai jatuh cinta dengan seseorang, namun orang lain tidak menyukainya. Ia tentang bagaimana perasaan untuk berhadapan dengan emosi,"[1]

"Invisible" ditulis oleh Yuna dan diterbitkan oleh Leven Kali.[2] Lagu ini ditulisnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).[3]